Thursday, October 11, 2007

Double Up


Ini saya. Ini ikan yang saya dapat. Satu kecil satu gi besar. Ikan haruan ini telah ku tewaskan dengan mengunakan "spoon". Spoon tersebut telah ku modified aku telah bubuh 2 biji manik warna merah yang ku rancang sebagai mata konon. Nda sangka pula sangkut pula 2 ekor jalak hari ini.


Lokasi : Paya highway beaufort - sepitang (KM 2)

Masa : 6.00pm

Cuaca : Cerah (tiada hujan sejak 2 hari lalu)


Keadaan air yang jernih dan tenang dengan kedalaman air anggaran 1 kaki dalam dengan rimbunan kayu dan rumpai ternyata bertepatan dengan pancingan kaedah "casting". Keseronokan apabila haruan datang menerpa dari rimbunan semak tekajut juga nampak kadang tu ikan haruan menyambar sampai spoon ku terbang melayang sudah lama nda jumpa tempat casting macam ni... pehhhhh.


Kaki-kaki casting kalau nak cuba boleh lah cepat sebab ada contractor sedang menimbus kolam berkenaan untuk projek ntah pah. Rating tempat ni boleh tahan lah.

Wednesday, October 10, 2007

Ardin's First Fish


Yang baru berjinak jinak dengan aktiviti meng"casing" juga sudah berjaya menaikkan ikan haruan... tahniah. Semoga minat ini memanjang ke ikan yang ke seratus... Ikan yang di naikkan lebih di kenali di sabah sebagai "Jalak" memang popular sebagai ikan yang sering di kaitkan dengan aktiviti pancingan Casting. Tapi jangan terlalu gelojoh.... ikan ini memang mudah di jerat tatapi ingat.... sering kali ia akan.....gewang akan di bawa lari ke arah kawasan yang semak/berumput dan kesudahannya tali pancing berserta dengan gewang yang mahal tu "sailang" hilang.....waaaaaa. ikan ilang, umpan hilang bisuk pula kena pi beli baru pula tensiiiiiooooooonnnnnnn sekali... trophi biarpun nda sebesar mana dapatlah sedikit sebanyak telah menyejukkan hati dirin... so keep up the good casting spirit. Matlamat besar mengait si 4kg... selagi belum dapat jangan mengalah. macam si vince cakap "tiada pengalah" ba buliba kalau kau.

Gerilla Paya "Haruan"

Penyerang Hendap terbilang di paya paya sekitar pantai barat sabah. Di tewaskan dengan gewang "katak Plastik"... Haruan sebegini masih lagi boleh di pancing secara casting di parit-parit, taliair yang berarus dan tak berarus, kolam-kolam terbiar dan kolam bekas kuari. Tebiatnya yang sering menerpa gewang, sering kali dapat memberikan sejenak perasaan "ADRENALINeeee"....sewaktu menarik pancing. Haruan ini telah di tewaskan oleh Ron (Projek Manager kami) pada 8hb October 2007 sekitar jam 5.30pm di kampung Kubu 2, daerah Beaufort, sabah. Sebarat 1.5Kg ianya sungguh menarik apabila ditewaskan mengunakan pancing aksi ringan. Selama 1 setengah jam 2 ekor haruan telah dinaikkan dengan menggunakan gewang katak plastik. Expedisi yang akan di rancang kemudian adalah percubaan menewaskan si "mangroove Jack" atau lebih dikenali sebagai MJ... lokasi muara sungai padas beaufort.


Seantero Malaysia "SELAMAT HARI RAYA"

Pesanan dari kami .... yang pulang ke Kampung tu pandulah dengan selamat.