Wednesday, December 12, 2007

Resepi Jalak si Untung

1 ekor ikan jalak "Haruan" 1.0 kg sebaik baiknya yang masih hidup (baru dapat pancinglah kiranya). Di potong kecil.

3 biji bawang merah hiris halus
5 ulas bawang putih hiris halus
4 batang serai di tumbuk pecah
sedikit halia
Chili kering 8 biji (di bersihkan bijinya)
Minyak makan 3 sudu besar
aji no moto dan garam (secukup rasa)

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, lada kering kacau biarkan panas sehingga berbau harum. Masukkan ikan haruan goreng sehingga isi ikan haruan lebih kurang keras (3 minit) masukkan air 2 mangkuk kecil (bersesuaian dengan kuantiti ikan yang hendak di masak) panaskan selama 10 minit, masukkan garam dan aji no moto secukup rasa.

Tips :- lagi banyak lada kering kuranglah rasa hanyir ikan haruan.

Selamat mencuba resepi si Untung..... memang piau sup nya.

Dirin Latest

Dirin dengan bangga menunjukkan hasil tangkapan terbesarnya jalak 1.8Kg. Memang piau ini budak baru 3 bulan bercasting sudah menaikkan lebih 50 ekor jalak. Dulu kalau bawa pi pancing macam macam alasan dia ni tapi sekarang macam kecanduan jap jap mau pi kasting pagi sekali, tengahari sekali petang sekali. Hujung minggu kalu ndada keja full day sampai badan lenguh lenguh. Pernah juga sekali hari tu 7 ekor jalak dirin tewaskan dalam masa 45minit. Padang pancing baru memang kau kau.... informasi dari operator excavator yang menjalankan kerja kerja pembersihan sungai.

Welcome New Casting Member

Razak proudly with his best catch a 1.5Kg "jalak". A persistant castor rewards. Just by using the technique "lure them out of thier hide out" reward him with this beast. Just 2 weeks ago his favorite rod snapped and his braid line broken as again a huge "jalak" strike his yellow froggy. What a catch it was if he managed to land that jalak that day. Macam siuntung cakap "Akan Datang" kena juga dia tu.






Othman proudly with his 1.4Kg jalak. Ah curi tullang pi pancing jam 11 pagi dapat pula 5 ekor semua atas 1kg..nada pa ko geng. Gitulah biar kita biasa memancing di laut ka di kolam ka di sungai ka Casting masih ada keistimewaan nya yang tersendiri. For info c othman ni memang kaki pancing klu di laut, muara sungai dia lah juara. Kalu siapa siapa mau pancing di bintuka mau sewa bot cari ja othman. Bisa di atur. umpan udang hidup boleh disediakan "bukan free ah". Tapi harganya reasonable ba.



Ikan di muara sungai yang pernah di naikkan:-
1. Sembilang 4kg
2. Tanda 1kg - 2kg
3. Gelama
4. Bapa Gelama 1kg - 2kg
5. Kurau 1kg - 8kg
6. Kerapu (byk species) rata rata 500gram - 1kg
7. Pari (byk species) 500gram - 10kg
8. Jack (MJ) 500gram - 3kg
9. Alu-alu
10. Ikan Sumpit
11. Queen Fish (sam pan tiau) 600gram - 4kg
12. ikan Putih 500gram - 3kg
13. dan memacam ikan pelik yang nda tau namanya

Majulah pancing negeri di bawah bayu>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

New and Biggest


This is a story of a young casting enthusias, first he approached me and asked a question.
Nommy : Wah siok o korang pi casting tiap petang.
Me : ya ba... ko bila gi mo join?
Nommy : Mau juga ba ni tapi sia nada pancing.
Me : Ba bilija ba.
Nommy : Nanti lah di KK
Me : Ba kalu ko mo ko ambil lah ni pancing sia. Kawan kawan RM150 batang X-puyu, reel abu garcia and tali sulam... amacam stuju?
Nommy : butul ba?
Me : stu kali ja sia opper mau nda?
Nommy : ba sia ambillah.
Me : ok katak ko cari sendiri k.
Nommy : k

After that transaction there are no looking back for this lad. He has since outrun us in the biggest catch and is currently the holder for the heaviest catch. Here is nommy's first big "Jalak" catch 2.050Kg.... susah sudah mau dapat ni size though in beaufort a 12Kg jalak has been cought just 2 years back (jalan labui river)...Will update more for nommy next time... keep up with the good spirit. Tongkiadai dokoyu moginum "tiger"...

Thursday, October 11, 2007

Double Up


Ini saya. Ini ikan yang saya dapat. Satu kecil satu gi besar. Ikan haruan ini telah ku tewaskan dengan mengunakan "spoon". Spoon tersebut telah ku modified aku telah bubuh 2 biji manik warna merah yang ku rancang sebagai mata konon. Nda sangka pula sangkut pula 2 ekor jalak hari ini.


Lokasi : Paya highway beaufort - sepitang (KM 2)

Masa : 6.00pm

Cuaca : Cerah (tiada hujan sejak 2 hari lalu)


Keadaan air yang jernih dan tenang dengan kedalaman air anggaran 1 kaki dalam dengan rimbunan kayu dan rumpai ternyata bertepatan dengan pancingan kaedah "casting". Keseronokan apabila haruan datang menerpa dari rimbunan semak tekajut juga nampak kadang tu ikan haruan menyambar sampai spoon ku terbang melayang sudah lama nda jumpa tempat casting macam ni... pehhhhh.


Kaki-kaki casting kalau nak cuba boleh lah cepat sebab ada contractor sedang menimbus kolam berkenaan untuk projek ntah pah. Rating tempat ni boleh tahan lah.

Wednesday, October 10, 2007

Ardin's First Fish


Yang baru berjinak jinak dengan aktiviti meng"casing" juga sudah berjaya menaikkan ikan haruan... tahniah. Semoga minat ini memanjang ke ikan yang ke seratus... Ikan yang di naikkan lebih di kenali di sabah sebagai "Jalak" memang popular sebagai ikan yang sering di kaitkan dengan aktiviti pancingan Casting. Tapi jangan terlalu gelojoh.... ikan ini memang mudah di jerat tatapi ingat.... sering kali ia akan.....gewang akan di bawa lari ke arah kawasan yang semak/berumput dan kesudahannya tali pancing berserta dengan gewang yang mahal tu "sailang" hilang.....waaaaaa. ikan ilang, umpan hilang bisuk pula kena pi beli baru pula tensiiiiiooooooonnnnnnn sekali... trophi biarpun nda sebesar mana dapatlah sedikit sebanyak telah menyejukkan hati dirin... so keep up the good casting spirit. Matlamat besar mengait si 4kg... selagi belum dapat jangan mengalah. macam si vince cakap "tiada pengalah" ba buliba kalau kau.

Gerilla Paya "Haruan"

Penyerang Hendap terbilang di paya paya sekitar pantai barat sabah. Di tewaskan dengan gewang "katak Plastik"... Haruan sebegini masih lagi boleh di pancing secara casting di parit-parit, taliair yang berarus dan tak berarus, kolam-kolam terbiar dan kolam bekas kuari. Tebiatnya yang sering menerpa gewang, sering kali dapat memberikan sejenak perasaan "ADRENALINeeee"....sewaktu menarik pancing. Haruan ini telah di tewaskan oleh Ron (Projek Manager kami) pada 8hb October 2007 sekitar jam 5.30pm di kampung Kubu 2, daerah Beaufort, sabah. Sebarat 1.5Kg ianya sungguh menarik apabila ditewaskan mengunakan pancing aksi ringan. Selama 1 setengah jam 2 ekor haruan telah dinaikkan dengan menggunakan gewang katak plastik. Expedisi yang akan di rancang kemudian adalah percubaan menewaskan si "mangroove Jack" atau lebih dikenali sebagai MJ... lokasi muara sungai padas beaufort.


Seantero Malaysia "SELAMAT HARI RAYA"

Pesanan dari kami .... yang pulang ke Kampung tu pandulah dengan selamat.